Copyright © EZCount China
Design by Dzignine
3.8.11

EZCount CHINA (ABACUS & MENTAL ARITHMETIC) DEMONSTRATION AT UM


PUSMAL through Bengkel Niaga Ala-Cina (BENA) will conduct EZCount China Demonstration by Profesor Xu Si Zhong from China. Here the event details:


Date                :       10 August 2011, Wednesday
Time               :        10.30 am – 12.30 pm
Venue             :       Auditorium Perdana Siswa, Perdana Siswa Complex, 
                                 University of Malaya


Majlis ini bertujuan untuk memberi kesedaran dan maklumat tentang kepentingan penggunaan AMA dalam memberi rangsangan secara langsung terhadap penggunaan otak kanan dan kiri. Program ini adalah tertumpu kepada kanak-kanak seawal usia 4 hingga  8 tahun yang mana mindanya masih berkembang dengan cepat terhadap rangsangan terutama melalui AMA. Malah, penggunaan kedua-dua bahagian otak yang dirangsang secara serentak mampu melahirkan modal insan berfikiran kelas pertama pada usia yang sangat muda.

Untuk makluman semua, Profesor Xu Si Zhong telah diisytiharkan sebagai satu dari 100 aset Negara China yang sangat berharga terutama dalam bidang pendidikan. Kini buku teks beliau telah diluluskan oleh Kementerian Pelajaran Cina untuk digunakan oleh kanak-kanak pra-sekolah, Tahun 1 dan 2 di peringkat sekolah rendah di seluruh negara Cina. Program AMA ini telah diasaskan oleh beliau sejak 30 tahun dahulu.

Buku Teks Bahasa Malaysia (BM) sedang dalam perancangan untuk diterjemahkan bagi kegunaan kanak-kanak Malaysia dan ianya dikendalikan oleh pihak Prof Xu dengan kerjasama PUSMAL - BENA di Universiti Malaya. Buku teks dalam BM dijangka siap tidak lama lagi. PUSMAL - BENA akan melatih pihak tadika, sekolah rendah dan pusat-pusat berkenaan untuk menjalankan kursus AMA di seluruh Malaysia.  

Sehubungan dengan itu, pihak PUSMAL - BENA sangat berbesar hati menjemput anda semua untuk hadir ke majlis yang julung-julung kali diadakan di Malaysia. Diharap agar kita semua dapat berganding bahu bagi melahirkan lebih ramai kanak-kanak yang proaktif dan holistik di usia muda.

Any question regarding this event contact : 
Cik Nur Liyana Binti Abd Malek   :013-6066949 
En. Muhammad Faiz Bin Yusoff  :012-6227575

0 comments:

Post a Comment